Akademi Lembah Ilmu (AKLI) adalah sebuah institusi pendidikan swasta yang dikhususkan kepada pelajar berusia 16 tahun dan ke atas. Institusi ini didaftarkan di bawah lesen Sekolah Menengah Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan nama Sekolah Menengah Islam Lembah Ilmu (SMILI).
Namun demikian, institusi ini telah dijenamakan sebagai Akademi Lembah Ilmu (AKLI) untuk membentuk imejnya yang tersendiri. Secara umumnya, AKLI menyediakan program pembelajaran secara ‘trek pantas’ bagi pelajar lepasan tahfiz tradisional, kolej kemahiran dan pelajar ‘homeschooling’ yang ingin mengambil peperiksaan awam khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mencipta Kejayaan, Merintis Masa Depan.
Meneraju pendidikan berteraskan tahfiz secara holistik untuk melahirkan generasi pintar teknologi dan rabbani.
Sesungguhnya Allah SWT kasih apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan hendaklah buat secara tekun
Sabar itu adalah wasiat daripada beberapa wasiat Allah Taala di
bumi, barangsiapa yang menjaganya maka dia akan selamat dan barangsiapa yang menyia-nyiakannya maka dia celaka
Reda itu lebih afdal berbanding zuhud di dunia, ini kerana orang
yang redha tidak mengharapkan lebih daripada apa yang dia berada
Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan,
Strategi bersepadu sebagai insan cemerlang, Motivasi diri sebagai pendorong utama dalam setiap tindakan, Aspirasi kepada masyarakat sebagai penggerak ilmu dunia dan akhirat, Remaja berdikari dengan menggalakkan budaya keusahawanan dan mencipta peluang untuk semua