Akademi Lembah Ilmu mengumumkan pelantikan Pemangku Dekan Fakulti Al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Ustazah Nur Afifah Fadzil sebagai ketua penyelidik bagi melaksanakan analisis program Bahasa Arab.
Pengetua AKLI, Cikgu Naimah Muhammad menyerahkan surat pelantikan kepada Ustazah Nur Afifah di Hab Digital AKLI, Hulu Langat hari ini.
Ustazah Nur Afifah bersama dua lagi pensyarah Jabatan Bahasa Al-Quran dan Sunnah, (KUIPs) iaitu Encik Muhamad Zamri Abdul Gani dan Puan Wan Syatirah Wan Shahrudin akan menjalankan Penyelidikan Analisis Keperluan Pembinaan Modul Bahasa Arab SPM untuk Pelajar Fast Track 12 Bulan (1/10/2024 – 30/09/2025) di AKLI.
Mereka adalah ahli akademik dan pengkaji yang berpengalaman dalam mengajar subjek Bahasa Arab kepada pelajar trek pantas SPM Tahfiz.