Perancangan Akademi Lembah Ilmu (AKLI) untuk mengembangkan pelan perniagaannya semakin positif apabila menerima kehadiran wakil Rural Capital Berhad (RCB) bagi lawatan tapak permohonan geran Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) hari ini.
RCB yang merupakan syarikat milikan penuh MARA Corporation Sdn Bhd diwakili Ketua Cawangan RCB Kuala Lumpur, Encik Syukran Wahi Shaffiq bin Darso dan Penolong Eksekutif RCB Cawangan Negeri Selangor, Encik Muhammad Shahril Syafiq bin Sabihan.
Dalam pertemuan julung kali ini, AKLI diwakili Pengetuanya, Cikgu Naimah binti Muhammad dan Pengurus Kewangannya, Cikgu Nurul Adha binti Makmur serta Penasihat Keusahawanannya, Encik Zaini bin Jasmi yang juga Ketua Latihan & Bimbingan di CEDAR SME Bank.
Sebaik selesai perbincangan di Hab Digital AKLI, wakil RCB kemudiannya dibawa melawat sekolah AKLI dan lokasi tapak baru sekolah.