Ikuti perkembangan kami di media sosial | Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

MAULIDUR RASUL BERSAMA SURAU AL-MUQARRABIN

Bermula dengan solat Subuh berjemaah, pelajar Sekolah Menengah Islam Lembah Ilmu (SMILI) menyertai sambutan Maulidur Rasul bersama rakan strategik paling aktif, Surau Al-Muqarrabin hari ini.

Sebagai jiran paling hampir sebelah pagar, keluarga besar SMILI sentiasa diundang untuk memeriahkan apa saja majlis bersama komuniti setempat.

Sebaik selesai solat Subuh, majlis diteruskan dengan alunan Asmaul Husna dan nasyid sebelum disusuli dengan Tausiyah oleh Ustaz Long Kechik.

Acara kemuncak sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sejauh 1,535 langkah atau 1.17 kilometer.

Sambutan kemudiannya diakhiri dengan jamuan istimewa berkonsepkan gerai percuma buat semua hadirin.

Pelbagai juadah disediakan antaranya Nasi Lemak, Pisang Goreng, Samosa, Cucur Udang, Putu Mayam, Roti Canai dan pelbagai lagi. Paling mendapat perhatian ialah gerai Rojak Buah yang ditaja khas oleh SMILI.

Berita Terkini

SESI TAKLIMAT MASTERI HUFFAZ SPM 2025

December 4, 2024

KELAS MASTERI HUFFAZ SPM 2025

December 4, 2024