Meneruskan sesi pencerapan guru buat kali kedua tahun ini, pihak pengurusan mengundang dua Pensyarah Kanan dari Fakulti Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur bagi menilai prestasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Sekolah Menengah Islam Lembah Ilmu (SMILI) hari ini.
Pencerapan guru yang bermula dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari ini disertai Dr. Nur Ayuni Shamsul Bahri dan Ts. Dr. Mariam Firdhaus Mad Nordin. Kali ini enam guru terbabit iaitu Cikgu Huda, Cikgu Amirul, Cikgu Adha, Ustazah Aini, Ustaz Basith dan Ustaz Najmi.
Dr. Nur Ayuni yang juga Penasihat Teknologi dan Inovasi SMILI dilantik untuk melaksanakan tugasan pencerapan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak sekolah serta menyediakan laporan pencerapan sebagai rujukan dan tindakan penambahbaikan.
Pelaksanaan pencerapan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti PdP dalam usaha untuk melihat, menilai dan membuat penambahbaikan aktiviti pengajaran guru agar memenuhi piawaian ditetapkan.











