Ikuti perkembangan kami di media sosial | Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

Search

PERBINCANGAN PENYEDIAAN PROFILING IBU BAPA/PENJAGA DALAM KESEDIAAN MENGHANTAR ANAK-ANAK KE PROGRAM TREK PANTAS SPM

Pencapaian terbaik Akademi Lembah Ilmu (AKLI) bukan saja terbukti dari segi keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajarnya, malah dari sudut pengurusan dan pentadbirannya juga sehingga menjadi pilihan ahli akademik untuk membuat kajian ilmiah.

Hari ini, AKLI menerima kehadiran Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka, Dr Nur Hafidzah Idris untuk menjalankan kajian berkaitan bidangnya.

Beliau sedang menjalankan kajian Kesediaan Ibu Bapa/Penjaga Dalam Menghantar Anak Jagaan ke Program Trek Pantas SPM.

Kajian ini merupakan salah satu daripada kajian asas dalam mengenalpasti latarbelakang dan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan ibu bapa/penjaga dalam memilih pusat program trek pantas SPM untuk anak mereka.

Pengetua AKLI, Cikgu Naimah Muhammad bersedia menerima kunjungan mana-mana pihak untuk bekerjasama atau menjalankan kajian ilmiah berkaitan selari dengan matlamat AKLI sebagai peneraju program trek pantas SPM terbaik.

Kehadiran Dr Nur Hafidzah ke AKLI juga turut mengimbau kenangan adiknya, arwah Muhammad Saad Idris yang pernah belajar di AKLI dan meninggal dunia pada 27 November 2019 iaitu hari terakhir peperiksaan SPM.

Berita Terkini