Akademi Lembah Ilmu (AKLI) mempunyai kebitaraan tersendiri yang menjadikannya sebagai pilihan pelajar program trek pantas (fast track) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Secara mudah, kebitaraan bermaksud keistimewaan atau keunikan yang mampu dikuasai dan fahami pelajar atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil niche area.
Selaku pengendali fast track nombor satu dan terunggul di Lembah Klang, AKLI mempunyai beberapa kebitaraan dari segi kepakaran subjek dan program kandaliannya.
AKLI ingin menjadi pengendali fast track SPM untuk calon persendirian yang mempunyai kepakaran dalam tiga subjek elektif iaitu Perniagaan, Prinsip Akaun dan Ekonomi.
Keistimewaan yang terdapat di AKLI ialah setiap gurunya ada kelayakan Ijazah Sarjana dalam subjek elektif ini. Malah AKLI sendiri mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan dan merupakan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd). AKLI menyediakan modul khusus untuk calon persendirian khususnya untuk Kertas 4 Perniagaan dan Prinsip Akaun sekali gus melahirkan pelajar yang mendapat skor A dalam SPM.
Dari segi kebitaraan program pula, AKLI mempunyai pelan tindakan strategik yang mantap untuk pentadbir dan guru serta pelajarnya.
Bagi meningkatkan tahap profesionalisme pentadbir dan guru, AKLI menganjurkan kolokium sebagai medan perbincangan ilmiah isu pembelajaran berkaitan program fast track.
Untuk pelajar pula, AKLI mengadakan Pertandingan Forum Remaja bagi mencungkil idea dan kemahiran pengucapan awam dalam kalangan pelajar. Selain itu, AKLI juga menjalin hubungan mesra dan mewujudkan perkongsian pintar dengan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Islam Selangor (UIS) dan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) sekali gus menyediakan laluan khas buat pelajarnya menyambung pengajian.
Majlis Konvokesyen di Universiti Islam Selangor
YOUTH CARNIVAL KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI
Program kemasyarakatan pelajar fast track SPM bersama COMRADE UIAM di Kampung Susu, Ringlet, Cameron Highland
Program yang bermula dengan perarakan Maulidur Rasul ini disusuli dengan pelbagai program yang mencungkil bakat pelajar iaitu pertandingan tilawah, nasyid, khutbah dan qasidah dalam kalangan pelajar lelaki AKLI
Ybhg Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dalam Majlis Perasmian Kelab Dakwah Jalanan (Street Dakwah) di Dataran Akademi Lembah Ilmu (AKLI)
Strategi bersepadu sebagai insan cemerlang, Motivasi diri sebagai pendorong utama dalam setiap tindakan, Aspirasi kepada masyarakat sebagai penggerak ilmu dunia dan akhirat, Remaja berdikari dengan menggalakkan budaya keusahawanan dan mencipta peluang untuk semua