Kehadiran delegasi Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga melakukan kunjungan mahabbah ke Akademi Lembah Ilmu (AKLI) pada Ogos 2023 membuka lembaran baru buat kedua-dua institusi pendidikan terbabit meneroka kerjasama strategik. Wacana Pendidikan AKLI-UIN Sunan Kalijaga sempena kunjungan julung kali itu menjadi medan sumbang saran untuk mengenali lebih lanjut dan mencari bidang kerjasama bagi kedua-dua belah pihak.
Dalam ucaptama wacana, Penasihat Pembangunan Modai insan AKLI, Prof Madya Ts Dr Mohd Nor Mamat berkata,
“biarpun berbeza negara, namun Malaysia dan Indonesia adalah serumpun dan berkongsi banyak persamaan,” katanya.
Institusi pendidikan persendirian di Indonesia boleh hidup kukuh tanpa pembiayaan kerajaan kerana budaya pendanaan orang ramai di sana sangat aktif. Ada ruang untuk berkolaborasi, kukuh memperkukuhkan antara satu sama lain. Banyak yang kita boleh belajar dari segi kurikulum dan pendanaan dengan negara jiran ini.
Sementara itu, Ketua Jurusan Ilmu al-Qur’an dan Tafsir, Fakultas Usuluddin dan Pemikiran Islam, UIN Sunan Kalijaga, Dr Ali Imron berkata,
“sistem pendidikan di Indonesia berada di bawah dua pengelola iaitu Kementerian Agama dan Kementerian Pendidikan,” katanya.
Lima tahun kebelakangan ini Rektor buka peluang luas untuk pelajar antarabangsa dan kita ada jalur khusus buat mereka malahan ramai
pelajar Malaysia yang berada di sini prestasinya bagus dan lulus cemerlang,
Akademi Lembah Ilmu (AKLI) menjadi pengendali program trekpantas SPM pertama yang mengadakan kerjasama dengan Universiti
Islam Selangor (UIS) sejak 2017.
Malah pada tahun itu juga, empat pelajar lepasan AKLI menjadi perintis yang berjaya menyambung pengajian di UIS yang ketika itu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
dan lebih membanggakan apabila mereka mendapat tajaan penuh sebagai pelajar tahfiz di bawah Majlis Agama Islam Selangor MAIS.
Sejak itu, UIS terutamanya Fakulti Pengajian Peradaban Islam sering
terbabit dengan beberapa program bersama seperti Kejohanan Liga Bola Sepak, Hari Terbuka AKLI dan lebih bermakna apabila memberi
keistimewaan kepada AKLI mengadakan majlis graduasi di kampusnya di Bandar Seri Putra.
Sebaik termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) untuk
kerjasama rasmi bersama UIS, AKLI menggalakkan pelajarnya memilih UIS untuk menyambung pengajian peringkat tinggi dalam pelbagai bidang yang ditawarkan.
Selain pencapaian akademik dan sahsiah yang bagus, UIS juga
menjadi pilihan kerana biah Islamiah yang wujud dalam persekitaran kampusnya sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan dunia
dan akhirat pelajar.
Permulaan tahun 2023 yang cukup memberangsangkan apabila Akademi Lembah Ilmu (AKLI) melakar sejarah merealisasikan Majlis
Menandatangani Kerjasama Strategik bersama Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi pada 16 Januari 2023.
Pihak yang terlibat menandatangani
majlis penuh bermakna ini ialah Pengetua AKLI, Cikgu Naimah Binti Muhammad dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Encik
Abdul Azmi Bin Abd Aziz.
Kerjasama strategik ini menjadi titik tolak
kepada hubungan yang lebih erat dan kukuh antara kedua-dua pihak pada masa hadapan.
AKLI sebagai perantara akan mengenal pasti dan memasukkan maklumat pelajar yang layak melanjutkan pengajian di KPTM Bangi ke
dalam sistem permohonan secara dalam talian.
Kerjasama strategik ini dilihat sebagai medan untuk meningkatkan akses peluang pendidikan berkualiti serta pembangunan modal insan kepada pelajar huffaz melalui latihan dalam bidang teknikal dan profesional serta kemahiran untuk kerjaya masa hadapan.
Selain itu, kerjasama yang terjalin ini akan memberikan lembaran baru dan nafas yang lebih segar kepada kerjasama antara pengendali program trek pantas SPM seperti AKLI dan institusi pengajian tinggi seperti KPTM. AKLI dan KPTM juga berharap pelaksanaan pelbagai program dan kerjasama pintar ini dapat direalisasikan sebaik mungkin demi kemajuan pendidikan anak bangsa dan negara selaras dengan hasrat KPTM untuk menawarkan pelbagai kursus kemahiran yang menyeluruh dalam bidang teknikal serta profesional sesuai dengan keperluan industri dan kebolehpasaran masa kini serta akan datang.
Seiring dengan jenamanya sebagai Peneraju Program Trek Pantas SPM Terbaik, Akademi Lembah Ilmu (AKLI) menjadi pilihan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) untuk menjalin perkongsian pintar dalam bidang pendidikan pelajar lepasan tahfiz.
Menerusi kerjasama ini, YPM selaku penyelaras kepada Maybank Islamic Berhad memilih AKLI bagi menaja yuran pengajian penuh 15 pelajar terpilih bagi sesi pengajian 2023.
Khabar gembira itu diumumkan Ketua Bahagian Pembangunan Dana YPM, Encik Zainal Rashid bin Zakaria dalam Majlis Ramah Mesra Penaja Bersama Pelajar Program Fast Track SPM di Studio Digital AKLI baru-baru ini.
Dengan adanya penajaan yuran ini, ia akan membantu pelajar tahfiz yang telah berjaya melengkapkan sepenuhnya atau sebahagian daripada 30 juzuk hafazan untuk belajar secara percuma di AKLI.
Program ini memberi peluang kepada pelajar membuat persediaan secara intensif bagi menduduki peperiksaan SPM dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi setelah berjaya melengkapkan hafazan masing-masing.
Antara kriteria pelajar yang terpilih menerima tajaan ialah Bumiputera, keluarga golongan B40, menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk al-Quran, berumur antara 16 hingga 25 tahun serta bersedia mengikuti segala syarat yang ditetapkan oleh AKLI dan YPM
Akademi Lembah Ilmu (AKLI) juga dipilih sebagai responden oleh pasukan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya menjalankan Kajian Tahap Penggunaan Strategi Pengajaran Bagi Kemahiran Berfikir Bertumpukan Penyelesaian Masalah Dalam Kalangan Guru serta Kajian Gaya Belajar Pelajar selain turut mengadakan bengkel gaya belajar untuk pelajar dan guru bagi mengetahui teknik dan jenis gaya belajar yang digunakan di AKLI.
Kajian ini telah diketuai oleh Prof Madya Dr Norlidah Alias dan Prof Madya Dr Dorothy Dewitt yang merupakan pakar dalam bidang kurikulum.
Sebagai sebuah institusi pendidikan yang bernaung di bawah Persatuan Permata al-Quran Malaysia (PERMATA), Akademi Lembah Ilmu (AKLI) bekerjasama menganjurkan Kolokium Hala Tuju Pelajar Tahfiz buat pertama kalinya pada 2019.
Kolokium ini menampilkan Timbalan Presiden PERMATA, Almarhum Prof Madya Haji Musa Bin Ahmad sebagai penceramah ucaptama yang mengupas dengan mendalam cabaran dan hala tuju pelajar tahfiz.
Bagi sesi forum pula, ia membariskan tiga ahli panel yang berkongsi ilmu mengenai pengalaman dan kepakaran bidang masing-masing.
Ustaz Aidol mewakili Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (PITAS) mengupas peranan sekolah tahfiz untuk menyediakan asas pembelajaran akademik khususnya subjek Bahasa Arab bagi melengkapkan pelajar menduduki SPM secara trek pantas.
Puan Norida pula selaku pendiri Akademi Tahfiz Nurid Al Ilmi yang merupakan pelopor kepada program trek pantas SPM mulai tahun 2004, merungkaikan cabaran yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan pendidikan itu.
Panel ketiga Dr Yusri yang mewakili Darul Quran mengupas mengenai peluang untuk menyambung pengajian yang terbuka luas kepada pelajar tahfiz.
AKLI berharap program sebegini dapat diadakan dalam skala yang lebih besar dan melibatkan lebih ramai pihak bagi memastikan program trek pantas SPM akan dapat dimantapkan demi kebaikan pelajar lepasan tahfiz.
Strategi bersepadu sebagai insan cemerlang, Motivasi diri sebagai pendorong utama dalam setiap tindakan, Aspirasi kepada masyarakat sebagai penggerak ilmu dunia dan akhirat, Remaja berdikari dengan menggalakkan budaya keusahawanan dan mencipta peluang untuk semua
Kami bertempat di
11, 11A, 11B, 8A, 23, 23A & 23B, Jalan Langat Ceria 4,
Taman Langat Ceria, 43100 Hulu Langat,
Selangor, Malaysia.
No Phone Admin
03-9081 2420