













































































Seiring perkembangan semasa, Akademi Lembah Ilmu (AKLI) membuka Hab Digital Lembah Ilmu sebagai sayap barunya dalam pendidikan berteraskan teknologi komunikasi maklumat (ICT). Hab Digital Lembah Ilmu ini akan menjadi platform untuk memfokuskan
pembelajaran secara dalam talian sekali gus meneroka pasaran baru.
Buat permulaan, hab ini akan berfungsi sebagai studio untuk proses pembelajaran dalam talian secara langsung dan juga rakaman. Ia juga sebagai persediaan AKLI untuk menghadapi era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI).





