Ikuti perkembangan kami di media sosial | Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

Hi, Kami adalah
Akademi Lembah Ilmu

Akademi Lembah Ilmu (AKLI) adalah sebuah institusi pendidikan swasta yang dikhususkan kepada pelajar berusia 16 tahun dan ke atas. Institusi ini didaftarkan di bawah lesen Sekolah Menengah Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan nama Sekolah Menengah Islam Lembah Ilmu (SMILI).

Namun demikian, institusi ini telah dijenamakan sebagai Akademi Lembah Ilmu (AKLI) untuk membentuk imejnya yang tersendiri. Secara umumnya, AKLI menyediakan program pembelajaran secara ‘trek pantas’ bagi pelajar lepasan tahfiz tradisional, kolej kemahiran dan pelajar ‘homeschooling’ yang ingin mengambil peperiksaan awam khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

VISI

Mencipta Kejayaan, Merintis Masa Depan.

MISI

Meneraju pendidikan berteraskan tahfiz secara holistik untuk melahirkan generasi pintar teknologi dan rabbani.

Pengurusan AKLI

Pasukan yang di belakang tadbir membantu pihak sekolah bagi merialisasikan impian anak murid

Guru-Guru AKLI

Pasukan yang komited, bertanggungjawab dan cekap dalam mengurus subjek masing- masing

Unit Modal Insan

Unit yang menjaga dan memastikan pelajar berada dalam keadaan yang baik