Akademi Lembah Ilmu (AKLI) terus mengorak langkah ke hadapan dengan mengadakan Masteri Huffaz SPM 2025.
Program julung kali ini diadakan khusus sebagai persediaan awal pelajar lepasan tahfiz untuk cemerlang dalam SPM 2025.
Masteri Huffaz memfokuskan kepada tiga subjek kritikal SPM iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Sebagai pembuka program, Pengetua AKLI, Cikgu Naimah Muhammad mengadakan sesi taklimat kepada pelajar baru secara dalam talian hari ini.
Taklimat kemudian diteruskan dengan Pengenalan Subjek Matematik bersama Cikgu Adha.
Hari kedua taklimat Masteri Huffaz SPM 2025 diteruskan dengan sesi pengenalan dua lagi subjek.
Taklimat ini disampaikan oleh Ustaz Basith bagi subjek Bahasa Arab dan Teacher Norisah bagi subjek Bahasa Inggeris.
Program Masteri Huffaz kendalian Akademi Lembah Ilmu (AKLI) ini diadakan khusus sebagai persediaan awal pelajar lepasan tahfiz untuk cemerlang dalam SPM 2025.
Masteri Huffaz memfokuskan kepada tiga subjek kritikal SPM iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Maklumat lanjut mengenai Masteri Huffaz boleh diikuti di https://youtu.be/iqDVgW_zI9E