Alhamdulillah, pada Ramadan ke-19, para pelajar Sekolah Menengah Islam Lembah Ilmu (SMILI) memulakan Peperiksaan Awal Tahun (PAT) sesi 2026 dengan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2.
Walaupun sedang menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan, para pelajar tetap hadir dengan penuh semangat dan kesungguhan untuk menduduki peperiksaan. Kecekalan ini mencerminkan komitmen mereka dalam menuntut ilmu serta usaha untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan juga akhirat, insya-Allah.
Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan fikiran, mempermudahkan urusan para pelajar dalam menjawab setiap soalan, serta mengurniakan kejayaan yang cemerlang hasil daripada usaha dan doa yang dipanjatkan.


