Hari ini bermulanya kelas Masteri Huffaz SPM 2025 bagi dua subjek yang dilaksanakan secara dalam talian.
Kelas Matematik dikendalikan oleh Cikgu Haidar manakala kelas Bahasa Inggeris dikendalikan oleh Teacher Syarifah.
Program Masteri Huffaz kendalian Akademi Lembah Ilmu (AKLI) ini diadakan khusus sebagai persediaan awal pelajar lepasan tahfiz untuk cemerlang dalam SPM 2025.
Masteri Huffaz memfokuskan kepada tiga subjek kritikal SPM iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik.