HARI TERAKHIR PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2026 MELABUHKAN TIRAI DENGAN SUBJEK BAHASA ARAB DAN TASAWWUR ISLAM
Alhamdulillah di Jumaat Barakah, 13 Mac 2026, para pelajar Sekolah Menengah Islam Lembah Ilmu (SMILI) menamatkan perjuangan mereka dalam Peperiksaan Awal Tahun (PAT) 2026 dengan menduduki kertas Bahasa Arab dan Tasawwur Islam.
Hari ini menandakan tirai penutup bagi sesi peperiksaan, di mana para pelajar menampilkan ketekunan, disiplin dan fokus sehingga saat terakhir.
Subjek-subjek ini menuntut penguasaan bahasa, kefahaman konsep serta kemampuan mengaplikasikan ilmu agama secara tepat.
Dikesempatan yang ada, Pihak SMILI mendoakan agar semua pelajar diberikan ketenangan, kelapangan fikiran, dan kejayaan yang cemerlang, serta segala usaha dan doa mereka diterima oleh Allah SWT.🤲🏻




























