Ikuti perkembangan kami di media sosial | Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

HARI KELUARGA AKLI 2026

31 Januari 2026 – 1 Februari 2026 | Thistle Port Dickson Resort

Alhamdulillah, Hari Keluarga Akademi Lembah Ilmu (AKLI) Tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh makna di Thistle Port Dickson Resort selama dua hari satu malam, bermula 31 Januari 2026 hingga 1 Februari 2026.

Program ini telah menghimpunkan seluruh warga kerja Akademi Lembah Ilmu yang terdiri daripada barisan guru, staf pengurusan, staf sokongan sekolah serta staf sokongan asrama bersama ahli keluarga masing-masing dalam suasana santai dan penuh kemesraan. Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi ruang untuk berehat dan beriadah, malah menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan serta memperkukuh silaturrahim dalam komuniti besar AKLI.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan penuh keceriaan, semangat kerjasama dan kebersamaan. Setiap detik yang tercipta menyatukan lagi ukhuwah warga AKLI, sekali gus mencipta kenangan indah yang pastinya akan terus dikenang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh keluarga besar AKLI, khususnya barisan jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Hari Keluarga ini. Semoga kenangan yang terukir menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat serta kerjasama yang berterusan demi kecemerlangan Akademi Lembah Ilmu pada masa akan datang.


Berita Terkini

SESI TAKLIMAT MASTERI HUFFAZ SPM 2025

December 4, 2024

KELAS MASTERI HUFFAZ SPM 2025

December 4, 2024