Ikuti perkembangan kami di media sosial | Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

IFTAR JAMAIE AKLI 2026

pada Jumaat, 13 Mac 2026 bersamaan 23 Ramadan 1447H, telah berlangsung Majlis Iftar Jamaie 2026 Akademi Lembah Ilmu (AKLI) bertempat di Anjung Ilmu dalam suasana yang penuh keberkatan dan ukhuwah.

Majlis yang bermula seawal jam 5.45 petang dan berakhir sekitar jam 10.30 malam ini telah menghimpunkan warga AKLI, para guru, pelajar, ibu bapa serta rakan-rakan strategik AKLI dalam satu pertemuan yang penuh bermakna bersempena bulan Ramadan yang mulia.

Program dimulakan dengan munajat, diikuti zikir serta pengisian rohani melalui ceramah bertajuk “Mencari Keistimewaan Malam Lailatul Qadar” yang disampaikan oleh Tn. Haji Azman bin Ahmad sebagai peringatan kepada kita semua agar merebut kelebihan malam-malam terakhir Ramadan.

Majlis diteruskan dengan berbuka ringan, diikuti solat Maghrib berjemaah dan jamuan berbuka puasa. Program kemudiannya disambung dengan solat Isyak berjemaah serta solat sunat Terawih, sebelum diakhiri dengan jamuan moreh dalam suasana yang penuh meriah.

Alhamdulillah, majlis ini bukan sekadar acara berbuka puasa, malah menjadi medan untuk mengeratkan silaturrahim, menyemai ukhuwah serta memperkukuh hubungan antara warga sekolah, ibu bapa dan rakan strategik AKLI.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tn. Haji Mohd Samsul bin Dollah dan Dr. Azli bin Ariffin selaku penasihat AKLI yang sudi meluangkan masa bersama-sama, serta kepada semua tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis ini bersama ahli keluarga. 

Berita Terkini

SESI TAKLIMAT MASTERI HUFFAZ SPM 2025

December 4, 2024

KELAS MASTERI HUFFAZ SPM 2025

December 4, 2024