Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Al Furqan atas jemputan menghadiri Majlis Iftar Jamaie yang telah berlangsung pada 14 Mac 2026 bersamaan 24 Ramadan 1447H di Shah Alam, Selangor.
Seramai 29 orang pelajar Banat dan 3 orang pelajar Banin, diiringi oleh warden Banin dan Banat Sekolah Menengah Islam Lembah Ilmu (SMILI), telah hadir memenuhi jemputan tersebut. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Akademi Lembah Ilmu (AKLI), Puan Naimah binti Muhammad serta Ahli Lembaga Pengarah AKLI merangkap Penasihat Pembangunan Modal Insan SMILI, Ustaz Abdullah Syahir bin Wan Abdul Hamid.
Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah melalui kebersamaan berbuka puasa serta solat berjemaah. Semoga program yang dianjurkan ini terus memperkukuh jalinan silaturrahim antara institusi serta menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.


