9 Februari 2026 | Kem Herba, Hulu Langat, Selangor
Pada 9 Februari 2026 (Isnin), telah berlangsung Kem Kepimpinan Pelajar SMILI 2026 anjuran Unit Disiplin dan Pengawas, Jabatan Hal Ehwal Murid (HEM), Sekolah Menengah Islam Lembah Ilmu (SMILI) bertempat di Kem Herba, Hulu Langat, Selangor. Program ini dijalankan selama sehari, bermula dengan pergerakan dari SMILI pada jam 7.30 pagi dan berakhir dengan Majlis Penutupan pada jam 5.00 petang.
Kem ini bertujuan membentuk serta memperkukuh nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti berkumpulan, cabaran kendiri dan sesi refleksi. Para peserta turut menerima perkongsian ilmu daripada penceramah jemputan, Encik Mohd Razlan Ahmad, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam.
Sepanjang kem, pelajar ditekankan bahawa kepimpinan merupakan amanah yang perlu dipikul dengan integriti dan tanggungjawab. Diharapkan pengalaman ini menjadi bekalan berharga dalam melahirkan pemimpin pelajar yang berwibawa dan berakhlak mulia.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program berlangsung.



