Ikuti perkembangan kami di media sosial | Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

LENSA AKLI DI MAKTAB ADABI MAHARANI

Lensa AKLI dalam Lawatan Penanda Aras dan Lawatan Kerja ke Maktab Adabi Maharani, Muar telah mencatat satu lagi episod bermakna dalam siri lawatan ke Johor. Program ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta berkongsi pengalaman pengurusan pendidikan antara institusi.

Rombongan diberi penerangan tentang sejarah penubuhan sekolah, pencapaian akademik, pengurusan kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar yang menjadi kebanggaan sekolah ini. Selain itu, sesi lawatan turut disertai perbincangan dua hala yang membuka peluang kepada pertukaran idea, perkongsian amalan terbaik serta cadangan penambahbaikan untuk manfaat bersama.

Suasana mesra dan layanan penuh hormat daripada warga Maktab Adabi Maharani menambahkan lagi seri program. Lawatan ini bukan sahaja memberi inspirasi baharu dalam memacu kecemerlangan pendidikan, tetapi juga mengukuhkan semangat kolaborasi demi melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari aspek ilmu, sahsiah dan kepimpinan.

Berita Terkini

SESI TAKLIMAT MASTERI HUFFAZ SPM 2025

December 4, 2024

KELAS MASTERI HUFFAZ SPM 2025

December 4, 2024