Sudah menjadi tradisi tahunan Akademi Lembah Ilmu melalui Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Islam Lembah Ilmu (SMILI), setelah kali selesai kemasukan pelajar baharu, akan diteruskan dengan satu majlis pelantikan rasmi yang diadakan bagi membentuk barisan Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Badan Pengawas bagi kepimpinan sekolah dan Badan Sahabat Dakwah sebagai teras kepimpinan pelajar di asrama.
Sehubungan itu, SMILI dengan penuh rasa tanggungjawab mengumumkan pelantikan rasmi barisan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sekolah iaitu Badan Pengawas dan bagi asrama iaitu Badan Sahabat Dakwah Sesi Tahun 2026. Pelantikan ini dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap sahsiah, disiplin, potensi kepimpinan serta kesediaan pelajar untuk memikul amanah dan menjadi contoh teladan kepada rakan sebaya.
AKLI dan SMILI menaruh kepercayaan penuh agar barisan kepimpinan pelajar ini dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti, profesionalisme dan keikhlasan. Diharapkan kepimpinan ini mampu menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah serta pengukuhan nilai kerohanian dalam kalangan warga akademi, selari dengan visi dan misi Akademi Lembah Ilmu.
Sekalung tahniah diucapkan dan selamat menjalankan amanah kepada Barisan Badan Pengawas (Sekolah) SMILI dan Badan Sahabat Dakwah (Asrama)SMILI.

