Pada Isnin, 16 Mac 2026 telah berlangsung satu mesyuarat khas bagi membincangkan penganjuran Karnival Konvo Huffaz bertempat di Bilik Mesyuarat Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA Al-Quran).
Mesyuarat yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang ini menghimpunkan barisan kepimpinan serta wakil institusi bagi memperincikan perancangan program tersebut, di samping membincangkan beberapa perkara berkaitan pelaksanaannya.
Antara wakil PERMATA Al-Quran yang hadir ialah Ustaz Manolito, Ustaz Syed Syarim, Haji Sahlan, Syeikh Lukman, Ustaz Zawawi, Ustaz Faizal, Ustaz Nadzreen, Ustazah Hasna dan Ustazah Fatimah. Turut hadir ialah Pengarah Urusan AKLI, Puan Naimah binti Muhammad bersama Encik Ali serta Cik Nuraini yang mewakili pengurusan AKLI.
Alhamdulillah, perbincangan berlangsung dalam suasana harmoni dan konstruktif dengan kesepakatan untuk memperkukuh kerjasama antara institusi tahfiz dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang cemerlang, berdaya saing dan berakhlak mulia.



