Lensa AKLI dalam Lawatan Penanda Aras dan Lawatan Kerja ke Tahfiz al-Quran Darul Tuba, Tangkak menjadi destinasi pertama rombongan ke Johor. Lawatan ini memberi peluang untuk meninjau sistem pendidikan tahfiz, pendekatan tarbiyah serta pengurusan pelajar yang diamalkan di institusi tersebut.
Rombongan turut disambut mesra oleh Ustazah Kasma dan warga Tahfiz Al-Quran Darul Tuba yang dengan penuh ikhlas menyantuni pasukan lawatan. Sesi perkongsian ilmu dan perbincangan dua hala membuka ruang kerjasama serta pertukaran amalan terbaik.
Program ini bukan sahaja memperkukuh jalinan ukhuwah, tetapi juga memberi inspirasi dalam meningkatkan kualiti pendidikan al-Quran. Esok, siri lawatan diteruskan ke dua buah sekolah di daerah Muar.









