Ikuti perkembangan kami di media sosial | Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

PROGRAM IHYA’ RAMADAN SMILI

Program Ihya’ Ramadhan yang berlangsung pada Selasa, 17 Mac 2026 bersamaan 27 Ramadan 1447H telah berjaya dilaksanakan dengan lancar serta mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar, guru dan warga sekolah.

Program ini diisi dengan pelbagai pertandingan seperti Hafazan al-Quran, Khat, Esei bertemakan Ramadan bersama Gaza, Daie Huffaz, Poster Nuzul Quran serta Kuiz Ramadan. Penganjuran aktiviti ini bertujuan mencungkil bakat pelajar, memperkukuh kefahaman serta menyemai kecintaan terhadap al-Quran dan penghayatan Ramadan.

Pada sebelah petang, majlis diteruskan dengan Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadhan Sekolah Menengah Islam Lembah Ilmu (SMILI) di Anjung Ilmu SMILI. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan serta perasmian penutup oleh Pengarah Urusan Akademi Lembah Ilmu (AKLI), Puan Naimah binti Muhammad.

Majlis turut diserikan dengan persembahan qasidah oleh Kumpulan Qasidah SMILI, Shababul Ilmi serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program ini diharap dapat terus melahirkan generasi al-Quran yang berilmu dan berakhlak.

Berita Terkini

SESI TAKLIMAT MASTERI HUFFAZ SPM 2025

December 4, 2024

KELAS MASTERI HUFFAZ SPM 2025

December 4, 2024