Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Pelajaran MARA atas tajaan jubah dan kopiah kepada para pelajar sempena Himpunan dan Iftar Tahfiz Tekno 2026 yang berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac 2026.
Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong usaha melahirkan generasi huffaz yang cemerlang serta berdaya saing. Tajaan ini bukan sahaja membantu dari segi keperluan program, malah turut menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan memelihara Al-Quran.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Naimah Muhammad, Pengarah Urusan Akademi Lembah Ilmu, yang turut menyampaikan kata-kata motivasi dan dorongan kepada para pelajar agar terus berusaha mencapai kecemerlangan.
Semoga segala sumbangan ini diberkati Allah SWT dan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Diharapkan jalinan kerjasama ini terus kukuh demi manfaat generasi akan datang.





