Kunjungan kali kedua delegasi Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia ke Akademi Lembah Ilmu (AKLI) hari ini memberi makna besar buat dua institusi pengajian berkongsi kepakaran dan pengalaman.
Kehadiran delegasi UIN Sunan Kalijaga yang diketuai Dr Ali Imron selaku Ketua Program Studi Ilmu Al-Quran dan Tafsir disambut Pengetua AKLI, Cikgu Naimah Muhammad.
Dalam rangka lawatan kerja ini, beliau juga turut menyampaikan tazkirah bertajuk Menggapai Keberkatan Dalam Menuntut Ilmu khusus untuk pelajar AKLI.
Untuk rekod, Dr Ali Imron juga turut mengetuai kehadiran delegasi UIN Sunan Kalijaga dalam kunjungan pertama kali ke AKLI tahun lalu.