Alhamdulillah, Webinar Hala Tuju Kerjaya dan Pengisian UPU telah berjaya dilaksanakan pada Isnin, 2 Februari 2026 dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Program ini memberi pengisian yang padat dan bermanfaat khususnya kepada pelajar lepasan SPM serta para ibu bapa dalam memahami hala tuju pendidikan dan perancangan kerjaya selepas SPM.
Webinar ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan pilihan pengajian, laluan kemasukan institusi pendidikan tinggi serta panduan pengisian UPU dengan lebih jelas dan teratur. Diharapkan perkongsian yang disampaikan dapat membantu pelajar membuat keputusan yang tepat dan berinformasi demi masa depan yang lebih terarah.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan penglibatan semua pihak serta memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program.



